Sunday, August 1, 2010

Etdus 2: Menjadi Sahabat Baik

Bab 2

“Mas, baik-baik sikit, di sini licin. Cuba pegang batang pokok yang besar sikit tu kemudian baru panjat.” Kata Ting dari atas tebing. Mas mengikut sahaja arahan Ting, tangannya mencapai beberapa batang anak pokok kemudian di tariknya badannya untuk menaiki cerun yang tinggi itu. Kumpulan Mas-Ting dan Wak Ahmad-Raja sedang mendaki kawasan berbukit di kawasan sekitar hutan tanah pamah ini. Tugasan mereka pada kali ini ialah mengutip sampel-sampel tumbuh-tumbuhan di kawasan Sekitar Upeh Guling. Ketika sedang dalam susah payah memanjat tebing itu, Mas teringat rungutan emaknya.

“Kerja apa yang kau buat ni Mas. Masuk hutan, keluar hutan? Macam orang jantan!” Rungut Mak Timah. Orang pompuan eloklah cari kerja yang sesuai. Asyik keluar out station aje. Mak Timah mengomel apabila Mas menelefon memberitahu mereka berdua dan meminta tolong mereka datang ke rumahnya sepanjang peninggalannya. Mas cuma mendiamkan dirinya. Dia sudah faham benar dengan emaknya itu. Jika dia menjawap, lagi panjang leterannya. Mak Timah hanya rasa pekerjaan sebagai guru sahaja yang sesuai untuk orang perempuan. Inikan pulak kerja yang memerlukannya sentiasa pergi masuk keluar hutan. Mak Timah terus merungut panjang. Manakala bapanya, Pak Ali cuma mendengar sahaja isterinya meleteri Mas tanpa berkata apa-apa. Dia faham masalah yang di hadapi oleh anak perempuannya itu.

Tugas Mas sebagai seorang pegawai penyelidik di Fakulti Sains, UKM memerlukan dia keluar membuat kerja lapangan. Mas yang bekelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kepelbagaian Biologi kini sedang menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang yang sama. Di samping belajar dia juga bekerja sebagai pegawai penyelidik. kepada pensyarah yang membimbingnya, Dr. David. Selepas berjaya memegang ijazah sarjana muda, Mas terpaksa menganggur. Sementara menunggu untuk mendapat pekerjaan tetap Mas telah bekerja sementara di UKM sebagai pengawai penyelidik kontrak. Ramai rakan-rakan yang tamat pengajian pada tahun itu yang senasib dengannya. Mereka tidak berpeluang mendapat pekerjaan tetap. Tidak seperti senior-senior mereka sebelum itu. Apa yang boleh di buat ialah bekerja sementara di Universiti sebagai penyelidik bagi projek-projek penyelidikan. Ada juga rakannya yang masuk skim Khidmat Siswazah atau menjadi guru sandaran. Masa tetap berjalan, kini telah 7 tahun Mas bekerja sebagai pegawai penyelidik di UKM. Oleh kerana dia bekerja di Pusat Pengajian Tinggi, Mas mengambil peluang yang ada untuk menyambungkan pengajian di peringkat Sarjana. Apapun sungutan Mak Minah mengenai pekerjaannya, Mas rasa dia bukan membuang masanya dan sedang memberi sumbangan yang penting dengan kerjanya itu sebagai pegawai penyelidik. Di samping itu Mas sedang memajukan dirinya dengan belajar lagi.

Dalam masa dua hari Mas dan Ting bekerja sama-sama, Mas rasa agak kagum dengan Ting. Mereka berdua dengan mudah dapat menyesuaikan diri untuk bekerja sebagai satu kumpulan. Mereka bagaikan saling memahami antara satu sama lain. Sebagaimana tanggapan awal Mas pada hari pertama lagi, Ting memang tinggi budi pekertinya, baik dan sopan tutur katanya. Ting boleh di bawa berbincang dalam semua hal dan sangat ringan tulang. Yang demikian semua tugas mereka dapat di bereskan dengan senang dan cepat.

Tidak semua pasangan kumpulan yang dapat bekerja sama dengan baik. Bukan senang untuk menyesuaikana diri dengan orang yang baru dikenali, dalam keadaan yang sukar seperti di dalam hutan belantara ini. Tetapi nampaknya Wak Ahmad dan Raja juga sudah dapat menyesuaikan diri mereka sebagai satu kumpulan. Walau bagaimanapun mereka asyik bertengkar sahaja sepanjang hari. Ada sahaja tak kena buat Wak Ahmad. Raja pula asyik mengusik Wak Ahmad sahaja sepanjang hari. Seronok Mas melihat gelagat mereka berdua. Begitu menghiburkan hati Mas sepanjang menjalankan tugas yang sukar ini. Wak Ahmad sebagai seorang yang banyak pengalaman banyak mengajar Raja tentang selok belok hutan belantara ini. Manakala Raja adalah seorang yang semulajadi kelakar yang suka bercerita tentang pengalaman-pengalaman Ting dan dia di USM. Raja suka bercerita tentang Ting. Sahabat baiknya sejak di kampus sehingga sekarang. Ting hanya tersenyum sahaja setiap kali dia menjadi bahan cerita dan usikan Raja. Sememangnya Ting seorang yang baik budi dan penyabar orangnya.

Mas sudah lama mengikis perasaan dangkalnya kerana terpaksa bekerja dengan Ting. Malahan kini dia begitu gembira untuk berkerja sama dengan Ting. Rasanya masa sebulan ini akan berlalu dengan mudah sekali. Walau bagaimanapun, biarpun sudah dua hari berkerja seiring dengan Ting setiap masa, sekali sekala apabila mata Ting memandang tepat pada matanya, jantungnya berhenti seketika.
Sekali pandang semua orang memang tidak menyangka Ting pemuda berbangsa Tiong Hua. Ini mungkin kerana darah kacukannya. Ibu Ting berbangsa Siam manakala bapanya berbangsa Tiong Hua. Oleh kerana sering tersalah identiti, kawan-kawan di kampusnya tidak memanggilnya Jason ataua Ting tetapi memanggilnya Johari. Mas pun tidak terkecuali, kali pertama bertemu Ting, Mas memang sangkakan Ting pemuda melayu. Ting dan Raja merupakan pelajar di bawah bimbingan Dr. Zakaria. Seperti Mas, mereka juga bekerja sebagai penolong pegawai penyelidik di USM.

Mas dan Ting memasang quadrant bagi membolehkan mereka mengira bilangan spesies tumbuhan di kawasan Upeh Guling. Raja dan Wak Ahmad pula bekerja di kawasan bersebelahan. Kumpulan lain di pecahkan ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan dengan base camp. Keadaan hutan hujan tropika ini lembab dan panas. Kanopi hutan yang tebal melindungi cahaya matahari daripada membakar kepala dan tubuh mereka yang sedang tekun bekerja. Keadaan sekeliling dihiburkan dengan nyanyian penghuni hutan belantara.

Mas dan sedang mengutip sampel-sampel spesies yang berada dalam quadrant yang kelima mereka. Ting boleh sedang membuat catatan dan mengumpul data maklumat kuantiti dan kualiti spesies-spesies tersebut. Jam telah menunjukkan pukul 12.45 tengahari. Mereka masih tekun bekerja. Banyak lagi kawasan yang harus mereka liputi. Semua orang harus pulang pada pukul 4.00 petang supaya mereka boleh melihat hasil persampelan hari ini. Ada lima lagi quadrant yang harus mereka kaji. Sambil bekerja dengan pantas, kadang-kala mereka tersenyum mendengar Wak Ahmad dan raja sedang berbual dan seringkalinya bertelagah sesama sendiri.

“Ting, kita berhenti dululah. Kami dah lapar”. Tiba-tiba kedengaran suara Raja memanggil mereka.
‘Okay, kami sudah nak siap ni’, Sahut Ting. ‘Sudah selesai ke kerja kau orang.
Kami sudah siap 4 quadrant’.
‘Sempat ke siap? Pukul empat nak balik ni’, soal Mas. Wak Ahmad dan Raja saling memandang antara satu sama lain. ‘Kita makan dululah, Mas, Wak dah lapar ni’, rayu Wak Ahmad. Lucu wajah bulat Wak Ahmad, meminta simpati mereka berdua.
“Okay-okay..mari kita makan. Kami sudah nak siap ni”. Ting cuma mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Mas berhenti membuat catatan dan mengambil bekalan makanan mereka yang di ikatkan di batang pohon jati yang rendang. Mereka kemudiannya berjalan menuju ke arah sungai dan mendapat tempat duduk yang sesuai di atas batu-batu sungai. Permandangan air terjun yang indah terbentang dihadapan mereka. Air terjun memberi kesan pemulihan secara visual dan fizikal dalam keadaan suhu yang panas dan melekit. Ianya membuat mereka lupa rasa letih di samping menyejuk dan menyamankan badan yang terasa panas. Ingin rasanya Mas merendamkan badannya di dalam air sungai tersebut. Mas berdiri memerhatikan air terjun yang sedang deras menuruni ke atas batu-batu di laluannya. Upeh Guling terkenal kerana mempunyai susunan batu-batu besar seperti tub mandi. Hasil dari gerakan fizikal pusingan air yang kuat menghentam batu-batu tersebut.

“Mas duduk sini, saya pergi ambil air untuk minum dan basuh tangan”. Ujar Ting, di tangannya ada dua biji botol air. Mas mengangguk sambil memerhatikan sahaja langkah Ting yang tangkas dan cekap melompat dari batu ke batu untuk turun ke gigi air. Mas bagaikan terpukau melihat gerak langkah Ting, tangkas dan cekap. Badannya yang tinggi seperti jaguh sukan. Otot badannya jelas kelihatan walaupun di lindungi oleh bajunya yang nipis. Mas teringatkan rancangan televisyen yang di tontonnya sehari sebelum datang ke ekspedisi ini, model-model lelaki yang memperagakan pakaian oleh oleh pereka fesyen Gianni Versace. Mereka tampak tampan dan seksi. Macam tulah rupa tubuh badan Ting, di tambah dengan rupanya kacak dan segak, tertib pula budi bahasa, tutur kata nya. Memang Mas tak syak, ramai gadis melayu yang akan terpikat dengan Ting. Setelah mengambil air Ting berdiri dan mula memanjat semula ke arah mas. Matanya mencari Mas, apabila tersentuh anaknyanya dengan anak mata Mas maka dia tersenyum. Mas cepat-cepat mengalehkan pandangannya ke arah Wak Ahmad. Segannya Mas apabila Ting menangkap mata Mas memerhatikan dirinya.
‘Gila apa kau ni?’ Mas mengerutu sendirian.
Nasib baik Wak Ahmad dan Raja sedang ber telagah dan meminta Mas menjadi orang tengah pada ketika itu. Jadi tidak nampak sangat kejanggaannya tadi. Malunya Mas. Tetapi Ting macam tidak perasaan pun yang dia menangkap Mas sedang merenung tubuh badannya tadi.

Mas menyibukkan dirinya sambil membuka bekalan makanannya. Dia buat-buat sibuk dalam usaha menutup malunya. Ting lantas duduk disebelahnya sambil menghulurkan botol air. Mas menghulurkan bekalan makanan Ting tanpa memandang tepat ke arah Ting. Tetapi Ting bagaikan tidak perasan dengan tingkah laku Mas itu. Mereka berdua makan dengan lahap sambil mendengar perbualan Wak Ahmad dan Raja yang sedang makan dan berbual dengan rancak. Kadang-kala mereka ketawa melihat gelagat dua rakan mereka itu. Selesai makan Wak Ahmad memberi tunjuk ajar kepada Raja tentang selok belok untuk mandiri di dalam hutan. Wak Ahmad ialah seorang yang sangat pakar dengan kajian tumbuhan. Beliau juga berpengalaman dengan selok belok dalam hutan. Wak Ahmad telah mengajar mereka mengenai akar tumbuhan yang menampung air yang boleh dijadikan air minuman terutama sekali ketika kita sesat dan hilang dalam hutan. Selain dari itu Wak Ahmad menunjukkan kepada mereka sejenis kayu yang boleh dijadikan tongkat yang paling kuat dan juga sejenis jenis lumut boleh menyejukkan badan. Mereka leka mendengar penerangan Wak Ahmad. Mereka kini lebih mengenali alama sekitar dari kaca mata Wak Ahmad, seorang tua yang banyak ilmu pengetahuan tentang hutan.
Selepas itu mereka segera menghabiskan tugas pengambilan sampel. Bila waktu menghampiri pukul empat Mas dan Ting terpaksa membantu Wak Ahmad dan Raja menghabiskan pengmabilan sampel bagi quadrant yang ke sepuluh. Jika tidak mungkin mereka akan lewat balik ke Base Camp. Itu semua mas dan Ting lakukan dengan senang hati demi membantu rakan mereka. Setiba di Base Camp, mereka dapati belum ada lagi kumpulan yang balik dari kerja lapangan. Lantas mereka menghampiri bangsal makanan. Bau harum semerbak menyucuk-nyucuk hidung mereka. Ming, pengawai MNS yang juga merupakan pembantu Heah sedang sibuk menyeduk makanan. Heah sedang masak di dapur.

“Apa ni?” Jerit Raja. Sedapnya bau. Dia menyerbu ke arah mangkuk yang di ceduk oleh Ming. “Eh! Raja nanti dulu Ini makanan malam nilah,” tegur Wak Ahmad.

“Ye ke?” kata Raja nampak hampa. ‘Saya lapar ni Wak. Apa ni?’
Ming tersenyum, “ makanlah ini bukan makanan untuk dinner. Ini untuk makan petang. Bubur caca dan soto ayam.”
‘Wow!” jerit Wak Ahmad dan Raja serentak. Barang-barang perampelan di campak terus ke tanah.
“Best ni!”
Tanpa berlengah mereka terus duduk di bangku panjang dan menceduk makanan ke dalam mangkuk. Ting cuma tersenyum dan mengelengkan kepalanya. Dia segera mengutip barangan persampelan Wak Ahmad dan Raja yang dicampakkan di tanah. Ming memberikan senyuman manis ke arah Ting.

“Makanlah dulu katanya sambil mengambil barangan tersebut dari tangan Ting.” Mas cuma memandang Ting dan Ming berbalas senyuman. Hatinya terasa di jentik-jentik.
“Mengarut!” Dia tidak ada rasa apa-apa pun. Lantas dia membawa barangan yang di tangannya ke meja lain. Dia tidak mahu ambil tahu apa yang seterusnya terjalin antara Ming dan Ting. Lalu dia membelakangi mereka dan duduk di sebelah Wak Ahmad. Raja segera menceduk bubur caca ke dalam mangkuknya. Mereka makan dengan lahap sambil seperti biasa berbual dengan berbual rancak.
“Rasa baru sahaja kita makan tadi. Ini sudah lapar balikkan, Wak?” kata Mas sambil menyuapkan bubur caca ke dalam mulutnya. Lazatnya. Mas menumpukan penuh perhatian kepada makananya yang dihadapinya dan kepada Wak Ahmad dan Raja. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mendengar dan melihat perbualan Ting dan Ming. Itu bukan urusan dia.

Kalau buat kerja lapangan macam ni memang sentiasa lapar Mas.” Jawap Raja. Di latar kedengaran Ting dan Ming berbual dalam bahasa Inggeris di selang seli dengan mandarin. Mas cuba memekakkkan telinganya. Lantaklah mereka. Kalau Ting tak mahu makan kerana leka bersembang dengan gadis manis itu, biarkan dia.
“Non of my business!”
Kata Mas sendirian. Dia lebih seronok Mas mendengar celoteh Wak Ahmad dan Raja. Walaupun beza jarak umur yang jauh, tetapi mereka berdua serasi betul.

Sejurus kemudian kumpulan penyelidik lain tiba ke base camp. Mas lupa terus akan Ting dan Ming yang sedang berbual mesra. Riuh rendah mereka menyerbu ke bangsal makanan. Bau sedap makan yang terhidang membuat mereka rasa teramat lapar. Mereka mengerumuni Mas, Raja dan Wak Ahmad yang sedang enak menyudukan makan ke mulut.

“Apa ni. Wah makan tak tunggu.” Jerit Abu dari belakang Mas. Mas menggamit mereka yang lain, ajak menikmati makanan yang lazat itu. Tiba-tiba seseorang segera duduk sebelah Mas. Mas ingatkan Abu, rakan sejawatnya dari UKM.
“Dasyhat! Bila kerja kata kita satu geng, bila bab makan tak tunggu saya pun!” Rupa-rupanya Ting yang senyap-senyap mengambil tempat di sebelah Mas. Mukanya seperti merajuk.
“Oh Jason….., kami ingat you sudah kenyang.” Raja berseloroh. Nasib baik Mas tidak perlu menjawap soalan Ting.
“Sudah dapat tackle amoi cantik.” Yang lain-lain ketawa. Ming yang di dalam bangsal memasak senyum-senyum kesukaan.

Ting cuma senyum sedikit, matanya tepat memandang Mas. Ting mengunjukkan mangkuk buburnya kepada Mas. Minta dicedukkan bubur. Mas sebenarnya sudah tawar hati hendak melayan Ting.
“Suruh jelah Ming cedukkan.” Getus Mas dalam hatinya. Tetapi kesian pula bila di lihatnya muka sahabatnya itu seperti meminta darinya. Lalu dicedukkan bubur chacha itu ke mangkuk Ting. Raja kemudiannya menghulurkan gelas plastik yang berisi the panas kepada Ting.
Raja dan rakan-rakan seperti Mani dan Osman dari USM masih belum puas mengenakan Ting.
“Wah! Inilah kali pertama aku tengok ada amoi berkenan dengan Jason. Kau orang tau tak kalau kat Tanjung, amoi tak pandang pun dengan Jason. Tapi kalau anak mami, memang ramai yang minat. Ramai yang nak berkenalan, buat abang angkat. Maklum abang Jo kan handsome.” Usik Osman, yang boleh tahan juga nakalnya.
“Tapi handsome pun tak boleh pakai. Amoi tak mau!” tempelak Raja. Raja memang tidak beri peluang langsung kepada Ting. Mereka ketawa beramai-ramai. Ting cuma tersenyum sahaja, tidak pun ambil hati langsung dengan usikan Raja
“Baik macam aku ni, walaupun gelap. Minachi keliling pinggang!” Mereka yang lain ketawa melihat Raja yang begitu yakin dengan dirinya sendiri.
ManakalaWak Ahmad pula menyambut kata-kata Raja. “Macam kau ni adake Minachi mahu..bila dalam hutan macam ni nampak gigi sahaja.”
Lagi berderai mereka ketawa. Riuh rendah bangsal makanan dibuatnya. Raja sikit pun tak kecil hati.
“Wak Ahmad, hitam itu menawan tau. Ah Huat ni handsome pun tak lakulah!”

Ting sebenarnya macam tidak ada sebarang perasaan riak pun dihatinya. Memang semua orang mengakui ketampanannya. Dia juga sedar dengan anugerah yang diberikan tuhan kepadanya. Dia juga sudah biasa dengan lirikan mata gadis yang meminati selama ini. Kerlingan mata dan minat yang ditunjukkan oleh gadis seperti Ming itu sudah terlalu biasa buat Ting. Sedikit pun tidak di indahkan olehnya. Ting sebenarnya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 9 tahun. Mas telah lama mengetahui tentang hal diri Ting. Pada hari pertama lagi mereka sudah bertukar-tukar butir-butir peribadi.

Mas lihat Ting menerima usikan rakan-rakan dengan tenang sahaja. Setelah dua hari menjadi rakan sekerja Ting, Mas sudah dapat mendalam baik pekerti budi Ting. Bagi Mas, Ting sangat baik dan setia kepada isterinya. Ting juga seorang yang penyayang dengan anak lelakinya itu. Sebab utama mereka menjadi akrab kerana saling berkongsi masalah masing-masing. Mas yang asyik bercerita tentang anak-anaknya, terlalu merindui anak-anaknya yang kena ditinggalkan demi tugas selama sebulan ini. Anak-anak mas masih kecil lagi berumur berumur 8, 5 tahun dan yang kecil sekali 6 bulan. Manakala Ting pula yang risau kerana terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya. Isterinya sedang sakit sekarang ini.
Tidak terduga di dalam hutan belantara ini terjalin satu persahabatan antara dua insan yang saling memerlukan sokongan antara satu sama lain. Sepanjang ekspedisi Ting yang paling banyak membantu Mas. Selain daripada Ming, pegawai MNS, Mas sahaja perempuan di dalam kumpulan penyelidik tersebut. Sebagai seorang perempuan islam apabila menjalankan kerja lapangan lasak sebegini, keadaan menjadi agak sukar baginya. Kesukaran bila hendak bersuci, menunaikan sembahyang, menutup aurat dan sebagainya. Tetapi kecintaannya terhadap alam sekitar membuat dia sanggup menghadapi semua ini. Pada kali ini nasib baik Ting sentiasa ada untuk menolongnya.

Manakala pada Ting, Mas adalah seorang wanita yang unik. Mungkin kerana sudah selalu keluar ‘out station’ bersama dgn kumpulan lelaki Mas sudah biasa dgn cakap-cakap orang lelaki, yang kadang-kadang keterlaluan untuk telinga seorang wanita. Perangai mereka yang miang keladi pantang nampak wanita apabila dalam kumpulan outstation ini sudah menjadi lumrah dan Mas sudah lali dgn ini. Mas di anggap macam salah seorang daripada mereka ‘one of the boys’, itu sebab kadang-kala cakap-cakap mereka tidak ditapis, untuk pendengaran seorang wanita.

Tapi Ting tidak berperangai begitu. Semasa bekerja berganding dengan Mas, dia begitu menjaga tutur katanya. Dia tidak putus-putus dia menceritakan tentang isterinya Mei dan anak kesayangannya Joshua. Bagi Ting, Mas adalah seorang sahabat yang begitu baik dan menjadi tempat untuk luahkan perasannya. Mas seorang wanita yang mudah untuk dikenali, tanpa komplikasi. Seorang wanita yang begitu tabah dan mempunyai asas yang kuat dan pendirian yang teguh. Mas buat Ting selamat sebagai seroang sahabat. Kadang kala Ting tidak dapat menjelaskan perasaan hatinya tetapi sejak berkenalan dengan Mas. Ting dapati dia telah menjumpai sesuatu yang selama ini terasa kurang dari hidupnya.

Selesai makan petang itu, Mas,Ting, Raja dan Wak Ahmad segera beredar menuju ke Base Camp. Hari sudah petang. Angin bertiup perlahan. Suasana hutan begitu indah. Kelihatan burung-burung mula terbang untuk pulang ke tempat masing-masing. Masa untuk berehat setelah seharian mencari makan. Mereka juga hendak berehat seketika sebelum memulakan tugas mereka semula malam nanti.

Friday, June 18, 2010

1. Pertama Kali Bertemu


Bab 1

2000

Mas menghempaskan bag packnya ke tanah sebaik sahaja memasuki kawasan Base Camp. Tubuhnya terasa amat penat dan sakit-sakit. Mahatari sedang tengak di kepalanya, memancar terik. Mas mengecilkan matanya dalam terik matahari itu sambil memandang sekelilingnya. Kepalanya berdenyut-denyut. Kalau dia dapat merasa simbahan air sejuk ke mukanya, alangkah lega rasanya. Terdapat tiga bangsal di dalam kawasan Base Camp ini. Satu bangsal lengkap berdindingkan dan bumbung daun nipah, satu bangsal cuma ada bumbung daun nipah. Mas kira itu adalah tempat makan kerana terdapat barisan meja-meja yang diperbuat daripada kayu dan buluh dan satu lagi bangsal yang serupa tetapi lebih kecil lagi. Terdapat beberapa orang berada di bawah bangsal itu. Ringkasnya kawasan base camp ini. Semuanya serba kekurangan.

Mas bercekak pinggang sambil memandang lagi keadaan sekeliling. Inilah Endau-Rompin yang sering menjadi bualan pencinta alam. Dapat juga dia menjejakkan kakinya ke Endau-Rompin. Sampai juga mereka di sini setelah melalui perjalanan yang yang begitu lama. Mereka bertolak dari Bangi sejak semalam lagi menuju ke Kahang. Kemudiannya dari Kahang ke Kampung Peta. Dari Kampung Peta mereka mereka menyusuri melalui trek tinggalan lori-lori balak dengan Pick up yang di sediakan oleh Malayan Nature Society. Selepas itu mereka kena mereka menaiki bot menyeberangi Sungai Endau dan akhir sekali berjalan hampir satu kilometer untuk sampai ke base Camp ini. Mas menyedut udara nyaman disekitarnya dalam-dalam. Tetapi tidak pun dia dapat menghilangkan penat badannya. Sepatutnya mereka tiba ke sini lebih awal lagi. Mereka bertolak waktu malam semalam kerana ingin cepat tiba ke Endau Rompin pagi-pagi lagi. Tetapi pick up MNS sepatutnya menjemput mereka di Kampung Peta pada awal pagi cuma dapat datang pada pukul sebelas.

“Tayar pancit di tengah jalan.” menurut Chin, yang memandu pick up tersebut. Beberapa kali Chin meminta maaf atas kelewatannya itu. Kemudian ketujuh-tujuh mereka di suruh duduk di bahagian belakang pick up. Cuma Ketua penyeldidik Dr. David yang dapat duduk di hadapan bersama Chin. Keadaan mereka saling tidak tumpah macam buruh binaan asing yang di bawa masuk ke tempat kerja. Tambahan pula perjalanan ke Kampung Peta macam perlumbaan Cabaran Camel Trophy. Mereka asyik berlaga sesama sendiri terutama sekali bila pick up itu melanggar lopak.
“Besok pagi mesti lebam-lebam badan aku di buatnya.” Mas mengomel sendirian sambil mengosokkan bahagian pinggangnya terasa sengal. Beberapa kali mereka terpaksa berhenti dan menolak pick up buruk itu kerana keadaan jalan yang teruk menyebabkan tayar tersangkut dalam lopak. Nasib baik mereka kan naik untuk menyusuri Sungai Endau, tidak payah jalan kaki. Pihak Malaysian Nature Society telah menyediakan dua buat sampan dengan dua orang pemandu orang asli suku kaum Jakun, Ading dan Tatang untuk membawa bot itu. Mereka berdua berambut kerinting dan gelap kulitnya, tersenyum lebar lalu mempamerkan barisan gigi pitih yang tersusun ketika menyambut kumpulan penyelidik dari Universiti kebangsaan Malaysia ini.

Walaupun Perjalanan dengan bot itu jauh lebih selesa dari perjalanan dalam pick up tadi, dengan dihiasi permandangan indah di kiri-kanan sungai Endau sepatutnya menarik perhatian, tetapi matahari yang sudah terpacak di atas kepala membuat Mas ingin cepat-cepat tiba ke Base Camp. Kepalanya sudah rasa perit. Rupa-rupa selepas itu mereka kena berjalan kaki lagi sejauh 1 kilometer dengan membawa segala peralatan. Nasib baik dua pemandu bot tadi membantu mengangkat barang-barang. Lega sikit Mas kerana bebanannya menjadi ringan. Semuanya telah di angkut oleh kedua-dua orang Jakun itu. Hairan juga Mas tengok tenaga dan kudrat yang ada pada mereka yang berbadan agak kecil itu.


"Apalagi Mas, tercegat aje tu. Angkat bag pack tu, jom bawa masuk kem." Tegur Wak Ahmad dari belakang. Tangannya penuh dengan bag dan kotak-kotak peralatan penyelidikan.

"Lepas tu kita boleh makan tengahari ni. Wak dah lapar ni." Katanya sungguh-sungguh. Mas mengangkat bag packnya semula sambil mengeluh lalu mengikut langkah Wan Ahmad yang berperut gendut itu. Wak Ahmad kalau pasal makan memang bersungguh-sungguh.

Mas masih lagi mememerhatikan keadaan sekeliling. Semua orang sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Rupanya keadaan riub rendah itu datang dari bangsal penyediaan makanan. Bau makanan sedang di masak menusuk hidung Mas. Perutnya pun terasa lapar. Awal pagi tadi mereka cuma sempat makan nasi lemak di Pekan Kahang. Kini perutnya sudah mula berkeroncong. Bau ikan goreng pun sudah cukup untuk membuat kecur air liur Mas.

Mas dan Wak Ahmad mempercepatkan langkah masing-masing sambil memerhatikan bangsal-bangsal yang terdapat disekitarnya untuk membiasakan diri dengan keadaan di Base Camp ini. Maklumlah inilah kali pertama Mas menjejakkan kakinya di sini. Mengikut penerangan Wak Ahmad yang sudah pernah datang ke sini, kemudahan di base camp dalam keadaan serba ringkas dan ala kadar. Kemudahan yang ada bukanlah kemudahan hotel lima bintang tetapi bagi pencinta alam yang sudah biasa dengan kerja lasak, ini sudah cukup mewah.

Ekspedisi kali ini ialah usahasama yang di jalankan antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Kedua-dua Universiti ini telah bergabung kepakaran untuk mengkaji, khazanah-khazanah hutan Malaysia, bagi mengenalpasti spesies yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Kumpulan penyelidik UKM terdiri daripada pakar-pakar kepelbagaian haiwan dan tumbuhan, manakala kumpulan USM terdiri daripada pakar-pakar bidang industri kimia dan juga farmasi dan Kajihayat. Pergabungan antara dua Universiti ini adalah perlu kerana penyelidikan mereka kali ini adalah agak besar dan sungguh bermakna disebabkan dibiayai dibawah grant penyelidikan IRPA.


Bilangan badak yang makin berkurangan yang menybebakan kajian dilakukan oleh MNS sejak tahun 1985/86 yang akhirnya membawa kepada kewujudan taman Negara ini. Secara ironinya, jalan-jalan balak yang terdapat di sini yang menyebabakan MNS dapat menyediakan jalan masuk ke kawasan ini untuk sukarewan-sukarelawan yang mendokumentasikan berates-ratus spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang unik yang terdapat di sini. Ini adalah satu kerja yang sukar . Terbentuk oleh letusan gunung berapai yang terjadi 150 juta tahun yang lalu, meyebabkan kawasan tanah Endau Rompin dan cirri-ciri semulajadinya berbeza-beza antara gunung yang curam dan tanah rata yang berpasir, factor yang melindungi kawasan ini dari pemaju-pemaju tanah yang rakus. Tetapi ianya juga membuatkan ahli-ahli pemuliharaan juga sukar untuk meenjalankan tugas mereka.

Hasil dari cadangan MNS kawasan taman ini dibahagikan kepada tiga zon, kawasan untuk pelawat dan peminta trekking di mana terdapat bangsal-bangsal frem A, tempat-tempat perkemahan dengan rentis-rentis yanag bertanda, kawasan penyelidikan yang tidak boleh dibangunkan dan kawasan perlindungan untuk spesies badak yang merupakan hampir sepatruh dari Taman Endau Rompin ini.

Sebenarnya nama Endau-rompin ini di ilhamkan dari dua batang sungai yang merupakan kawasan tadahan yang melalui hutan ini ialitu Sungai Endau dan Sungai Rompin. Hutan dara 80,000 hectar ini ialah hutan dara yang berjuta tahun umurnya dan keluasannya merentang antara negari Pahang dan Johor. Ianya merupakan syurga buat pakar-pakar penyelidik dan pencinta alam yang membolehkan mereka berpeluang untuk menikmati alam semula jadi dan mendalami rahsia alam sekeliling yang belum diterokai dan nodai.

“Group USM sudah sampai rupanya.” Dr David mencelah dari belakang. Mas dan Wak Ahmad menoleh ke arah Dr David. Dr. David menudingkan jarinya ke arah sekumpulan manusia yang berada di bangsal tempat makan. Rupa-rupanya, kumpulan USM telah sampai sejak semalam. Merekalah yang riuh rendah di bangsal penyedian makanan itu tadi. Nampaknya mereka sedang bergotong-royong menyediakan makanan tengahari.

“Itulah Heah” terang Dr. David lagi bibirnya di unjukkan ke arah seorang lelaki berbangsa Cina, berbadan serdehana gempal yang sedang memberi arahan kepada yang lain-lainnya. Heah adalah kakitangan MNS yang menjaga kawasan ini dan juga merangkap sebagai Chef base camp ini.

Setelah menyedari ketibaan Kumpulan penyelidik UKM, salah seorang dari kumpululan penyelidik USM meluru keluar dari bangsal mendapatkan Dr. David. Kemudian mereka saling berjabat tangan dan bersalaman seperti sudah lama bersabahat. Kumpulan UKM terhenti langkah, memerhatikan gelagat mereka berdua, begitu juga kumpulan dari USM sedang membuat persedian makanan tengahari. Mereka leka seketika memerhatikan kedua Ketua penyelidik ini berbual mesra.

"Itulah Dr Zakaria." kata Abu rakan sekerja Mas. "Ketua penyelidik dari USM." Sambung Abu lagi tanpa di tanya. Orangnya sudah separuh abab, berkaca mata dan rambutnya berwarna putih.

Sebentar kemudian Dr David menoleh ke arah kumpulan dan memberikan arahan kepada mereka.

"Okay, semua orang, sekarang ini pergi ke bangsal tempat tidur dan pilih tempat tidur masing-masing dan letakkan barang-barang di situ." Dr David melihat jam di tanganya. Jam sudah mencecah pukul satu suku.

“Buat apa yang patut, berkemas, sembahyang zohor dahulu kemudian terus keluar untuk makan tengahari.” Dr. David berbahasa Melayu dengan amat fasih sekali. Lelaki Inggeris itu kemudiannya menyambung lagi.
"Selepas makan tengahari kita akan adakan satu sessi taklimat dengan semua."

Kumpulan dari UKM mengangguk lesu sambil begerak ke dalam bangsal tempat tidur. Mereka belum habis penat lagi, mereka berjalan sejak semalam lagi.

"Mat Saleh ni bukan tahu penat." Rungut Aziz.
Mas terdiam sahaja sambil menjejaki belakang Wak Ahmad. Dia kemudiannya memilih pangkin tidur sebelah kiri dengan Wak Ahmad. Manakala Abu dan Aziz mengambil tempat di sebelah Wak Ahmad disebelah kana . Manakala Jaff, Din, Bakri dan Mazlan masih belum masuk ke base Camp ini. Mereka masih mahu melihat ke adaan sekeliling Base Camp. Mas segera menyusun barang-barangnya di pangkin tidurnya Di sebelah kanannya nampaknya sudah ada tuan punya. Terdapat bag pakaian dan pakaian yang tersusun rapi di atas tempat tidur itu.

"Harap-harap yang duduk sebelah kanannya itu okay orangnya" Mas mengomel sendirian. Kalau kena tak okay, kaki merokok, sengsara juga hidupnya sepanjang ekpedisi sebulan ini.

"Apa dia Mas?" soal Wak Ahmad. Dia terdengar Mas mengomel rupanya.

"Saya kata harap-harap yang sebelah saya ni tak kuat dengkurnya. Kalau tidak! Alamat tak boleh tidurlah saya, sebelah kiri Wak Ahmad. Sebelah kanan entah sapa pulak." Mas melawak dengan Wak Ahmad. Wak Ahmad tersenyum sumbing, dia memang yang memang terkenal dengan dengkurannya tidurnya yang kuat, kemudian Mas meyambung lagi.

"Kalau yang sebelah kiri pun macam tu habislah saya."

"Nasib kau lah Labu, apa nak buat." Seloroh Wak Ahmad sambil terseyum lagi. Tetapi selorohannya tidak sedikit pun meringankan rasa berat di dalam hati Mas. Mas memang ingin sangat datang ke Endau-Rompin dan bangga terpilih untuk menjadi penyelidik untuk ekpedisi ini. Tetapi waktu ini kurang sesuai buatnya. Hatinya masih bagai terasa di sayat-sayat apabila tangan kecil Mira anaknya yang terkapai-kapai ke arahnya semalam. Dia cepat-cepat memutuskan ingatannya itu. Dia ke sini kerana tugas. Mas mengeluh lagi kemudian meletakkan beg hujung pangkin tidurnya tidurnya lalu bersiap untuk menghadiri sessi taklimat oleh Dr. David. Terdapat 24 tempat tidur yang sangat ringkas. Pangkin yang di perbuat daripada dua batang kayu yang di rentang dan di letakkan sekeping papan lapis. Nampaknya hanya Mas sahaja perempuan yang menyertai ekpedisi kali ini. Sepatutnya Dr. Noraini menyertai ekpedisi ini tetapi dia terpaksa menarik diri pada saat terakhir kerana anaknya mendapat deman dengi. Terpaksalah Mas sahaja yang hadir tanpa teman lain. Sukar rasanya dia hendak menjalani ekpedisi selama sebulan ini. Nasib baik setiap tempat tidur di sediakan sepasang kelambu, sekurang-kurangnya adalah sedikit privasi. Setelah selesai bersalin pakaian dan menunaikan sembahyang jamak taqdim, tanpa banyak membuang masa Mas pun beredar ke bangsal tempat makan untuk menjamu seleranya dan untuk menghadiri sessi taklimat.

"Hutan di Endau Rompin ini ibarat sorga dunia yang menyimpan berbagai keindahan jenis dan kepelbagaian spesiea tumbuhan dan haiwan.” Dr Zakaria memulakan taklimatnya dengan menceritakan sedikit sebanyak tentang Taman Negara Endau Rompin.

Pakar-pakar menyelidik memilih Endau-Rompin sebagai kawasan penyelidikan memandangkan kawasan ini masih pristine dan belum terbuka kepada pelawat. Kepelbagaian habitat dan spesies yang dijumpai di sini ialah signifikasi pemuliharaan yang utama. Ekspedisi yang dijalankan pada tahun 1985 and 1986 telah mengealpasti tidak kurang dari 25 species tumbuhan yang baru yang ditemui di kawasan ini. Perjumpaan yang paling hebat sekali ialah pokok palm, Livistona endauensis. Oleh itu masih banyak lagi kajian yang boleh di lakukan bagi mendapatkan koleksi spesies baru yang belum di kenalpasti selama ini. Kawasan Hutan Hujan tropika yang paling tua inilah saki baki hutan tanah pamah di Malaysia yang masih tinggal. Tersimpan di dalamnya khazanah hutan yang terdiri daripada berbagai-bagai spesies haiwan dan tumbuhan yang eksotik.” Dr Zakaria sudah mula ceramahnya yang berjela-jela, mengenai Endau Rompin.

Taman Negara Endau-rompin, Johor ini terletak dalam apa yang ahli Botani katakan sebagai Poket Riouw. Tempat ini ialah penemuan antara flora Borneo barat, Sumatra dan Semananjung Malaysia dan dengan ini flora di sini dikategorikan bersifat endemic.

"Kita tidak tahu kemungkinan besar di dalam hutan ini ada spesies tumbuhan dan haiwan yang mempunyai bahan utama dalam penyembuhan penyakit kanser atau AIDS dan lain-lain lagi penyakit. Tetapi kadar hutan-hutan kita ini di musnah adalah mencemaskan kita semua. Kamu tahu beberapa ratus spesies haiwan dan tumbuhan pupus setiap hari. Ini sebabnya penyelidikan kita kali ini amat penting untuk kemandirian manusia sejagat'. Dr. David menerangkan dengan bersungguh-sungguh semasa sessi taklimat kepada semua peserta ekspedisi. Ada lapan penyelidik dari UKM dan lapan penyelidik dari USM kesemuanya.

Tetapi kita masih lagi mempunyai banyak peluang di Endau-rompin ini, kata Dr. David lagi. Berbagai-bagai spesies haiwan dan tumbuhan yang masih lagi belum kita kenal-pasti, kita boleh andaikan yang masih banyak lagi yang boleh di lakukan di kawasan ini. Mari sini saya tunjukkan contoh keajaiban kawasan ini. Dr. David mengeluarkan sejenis tumbuhan dari kotak sampelnya.
“Ini ialah 'Mussaendra mutabilis', sejenis tumbuhan merayap dengan bunganya yang harum. Tumbuhan ini di gunakan secara tradisional untuk mewangikan rambut dan juga pakaian.” Terang Dr. David dengan lebih lanjut. Kemudian dia mengeluarkan sampel lain dari kotak yang terletak di meja.

“Ini pula ialah sebagaimana yang kamu tahu ialah pokok periuk kera. Perhatikan bagaimana pokok ini memerangkap serangga dan semut ke dalam kantungnya. Tahukah kamu ada berapa banyak lagi spesies periuk kera ini yang belum kita kenal pasti?” Dr. David meninggalkan soalan-soalan demi soalan untuk para penyelidik mencari jawapannya.

“Dr Zakaria dan saya berharap dapat membuat beberapa penjumpaan baru yang boleh di banggakan dalam ekspedisi kita kali ini.” Terangnya lagi.

“Di samping itu kita dengan kepakaran yang kita ada kita berharap dapat menghasilkan ubatan-ubatan daripada hasil hutan ini dan memperkenalkannya secara komersial. Inilah tujuan pegabungan penyelidikan ini di adakan.”

Kemudian Dr. Zakaria menyambung taklimat.
“Semua orang di sini mesti bergotong royong dalam membuat semua kerja. Saya harap akan mendapat kerja sama daripada semua. Mulai esok, semua akan bergilir bertugas membantu En. Heah untuk menyediakan makanan dan mencuci pinggan mangkuk. “

Semua orang kedengaran mengeluh, sudahlah mereka datang buat kerja, kena memasak dan mencuci pinggan pulak. Dr Zakaria buat tidak perduli dengan keluhan mereka itu.

“Sebelum itu juga saya ingin kenalkan Ming, salah seorang peagawai MNS yang membantu Heah.” Terdengar bunyi siulan dari kalaangan penyelidik lelaki. Mas tidak perasan sebelum ini, rupanya ada seorang perempuan dikalangan mereka. Elok juga kalau tidak Mas sorang-sorang perempuan di sini.

Kemudian Dr. Zakaria memandang sekelilingnya, nampak jelas kumpulan ini terbahagi kepada dua, masing-masing duduk dalam kumpulan Universiti masing-masing. Kumpulan USM duduk di sebelah kanan meja dan di kiri pula menempatkan semua penyelidik UKM. Jelas terpapar satu jurang pemisah antara mereka.

“Kena ada ice breaking session sikit ni.” bisik Dr Zakaria kepada Dr. David. Dr David cuma mengangguk setuju. Kemudian Dr Zakaria menyambung arahnya kepada semua penyelidik yang kebanaykannya terdiri daripada pembantu penyelidik, pembantu teknik dan pegawai penyelidik.

“Untuk makluman semua, bagi kerja-kerja penyelidikan saintifik, Dr David dan saya telah bersetuju bahawa kami mahu semua orang bekerja secara kumpulan berdua. Gabungan seorang dari USM dan seorang dari UKM.”
Kedengaran kakitangan mereka mengeluh lagi. Kena bercampur pulak! Apa lagi yang kedua-dua Dr tu hendak lagi! Dr Zakaria dan Dr. David hanya tersenyum.

“Ini adalah kerana banyak kawasan yang kita perlu liputi tetapi kita tidak ramai. Jadi untuk menggalakkan perhubungan baik antara kedua-dua Universiti kami telah membahagikan kumpulan ini dan di harapkan semua akan bekerja sama dengan pasangan masing-masing.”

Mas berharap agar dia akan berada satu kumpulan dengan Wak Ahmad, kerana Wak Ahmad yang bertugas sebagai pembantu teknik sudah lama bekerja dengannya. Wak Ahmad sentiasa melayan Mas seperti anaknya sendiri. Jadi Mas sudah tidak kekok untuk bekerja bersaing dengan Wak Ahmad. Ini memudahkan dia tumpukan perhatian untuk bekerja. Tambahan bekerja dalam keadaan getir ini, dia tidak mahu membuang masa untuk menyesuaikan diri. Kalau berpasangan dengan Wak Ahmad, senang Mas hendak bekerja.

“Sekarang saya akan umumkan kumpulan masing-masing. Jadi sesiapa yang belum bekenalan dengan pasangan masing-masing, nanti sila berbuat demikian dengan secepat mungkin.” Tegas Dr. Zakaria lagi. Nampaknya memang tidak ada kompromi dalam hal ini. Mas harap sangat Wak Ahmad menjadi partnernya.

Memang nasib tidak berpihak di sebelah Mas. Geram sahaja Mas tengok wajah Dr. Zakaria, bila di umumkan pasangan bekerjanya ialah Ting Ah Huat daripada USM. Mas mengerutu sendiri. Makin sukar kerjanya nanti, berpasangan dengan orang lain yang tidak dikenalinya langsung.
Manakala Wak Ahmad pula berpasangan dengan penyelidik USM, bernama Rajaratnam.

“Siapa agaknya Ting AH Huat ni?” Sejak dari tiba di Base Camp ini, Mas langsung tidak ambil pusing tentang kumpulan penyelidik-penyelidik dari USM. Masih banyak yang sedang difikirkan dan banyak perkara lagi yang dia sedang risaukan selain daripada hendak berkenalan dengan mereka yang sedang duduk di seberang meja sana. Yang Mas tahu tidak ada penyelidik yang berbangsaTiongHua di kalangan kumpulan USM. Kalau dilihat sekeliling kawasan Kem, cuma Heah dan Ming sahaja yang berbangsa Tiong Hua.

Setelah selesai tentang pembahagian tugasan, mereka diberi taklimat tentang kawasan-kawasan kajian yang akan di tempuhi seperti Upeh guling, Kuala Jasin, Buaya Sangkut. Mereka terpaksa menjejaki trek hutan untuk sampai ke tempat-tempat tersebut. Manakala sepanjang perjalannya ekpedisi ini Wak Ahmad akan bertugas sebagai tukang masak sambil di bantu oleh yang lainnya secara bergilir-gilir.

“Bagi perjalanan-perjalanan kita ke sub base Camp yang disebutkan tadi, Machang akan mengikut kita.” Terang Dr. David lagi, sambil memandang ke arah Machang yang berdiri di belakang Mas.

“Machang merupakan orang tempatan yang menduduki kawasan ini. Dia berasal dari suku kaum jakun atau orang Hulu. Machang memang terror dengan hutan Endau-Rompin ini. Since Endau-Rompin declared as sebagai tempat penyelidikan pada tahun 1985-86, Machang yang bertugas sebagai scout di dalam hutan ini.” Heah menerangkan tentang Machang kepada mereka semua.

Mas menoleh kea rah Machang. Machang yang hadir bersama mereka cuma mendiamkan diri Walaupun warna kulit dan rambutnya sama seperti kedua-dua pemandu sampan tadi tetapi nyata perwatakannya berbeza. Dia kelihatan serious, tubuhnya tegap dan tinggi orangnya. Nyata dia seorang yang pintar dan mahir dengan selok belok hutan. Machang nampak lebih superior, tegak dan segak gaya pembawaannya. Dari biji butir percakapannya , dia juga nampaknya sudah biasa melayan pelawat-pelawat ke sini yang sebahagian besarnya terdiri daripada penyelidik luar negara. Machang memandang Mas tanpa berkata apa-apa.
Selepas itu taklimat mereka selesai dan mereka semua bersurai dan bebas untuk melakuan apa-apa aktiviti sehingga malam nanti, kecuali mereka yang terpaksa bertuga menolong Heah masak petang ini.

**********************************
“Mastura Ali!” Mas tersentak, dia sedang sibuk mengemaskan barang-barangnya di pangkin tidurnya setelah selesai sessi taklimat tadi. Keadaan sunyi sepi di dalam bangsal, rakan-rakan yang lain ada yang masih di bangsal makan, ada yang sudah turun ke sungai untuk bermandi-manda. Mas masih belum hilang penatnya, dia cuma ingin berehat. Lagipun rasa geramnya kena bergabung dengan kumpulan USM masih belum hilang lagi. Lagi naik marahnya bila di ganggu. Mukanya agak cemberut masam lalu dia menoleh ke arah suara yang menegurnya.

Tiba-tiba Mas terpegun. Mas cuma dapat memandang wajah pemuda yang tidak di kenalinya itu dengan tanpa berkebil-kebil matanya. Tetapi dalam hati dia sempat berkata-kata sendirian. . Handsomenya! Rasanya dia belum pernah menyaksikan sesuatu yang seindah ini. Bila melihat wajah pemuda itu dia dapatkan rasa bahagia yang meresap hingga ke urat-urat sarafnya. Rupa paras yang sangat tampan, muka yang bersih berseri-seri. Mesti pemuda ini sentiasa membasahi wajahnya dengan air sembahyang dan agaknya selalu mengaji quran dan sembahyang malam. Ketampanan pemuda ini memancarkan keteduhan dan perlindungan serta keperibadian yang utuh.
Dengan hanya menatap wajahnya Mas dapat rasakan disebalik wajah rupawan lelaki ini, tersimpan jiwa yang indah. Pemuda begini yang seringkali menjadi harapan setiap wanita dalam mencari pasangan hidup. Mas masih lagi berkata-kata dalam hatinya. Jantungnya yang telah berhenti berdegup kini mula berdegup semula. Apabila darah mula mengalir membawa oksigen ke otaknya, baru dia mendengar semula apa yang dituturkan oleh pemuda tersebut. Bila mas mendengar betul-betul apa yang dikatakannya , Mas terlopong lagi sekali.
“Saya Ting Ah Huat, Jason Ting Ah Huat.” Kata pemuda itu lagi. Mulutnya mengukir senyuman tetapi dia tidak menghulurkan tangannya kepada Mas.

“Kita dalam kumpulan yang sama. Harap kita boleh bekerjasama dengan baik sekali. Ini tempat tidur saya.” Terang Ting Ah Huat sambil mengunjukkan tempat tidurnya di sebelah Mas apabila dilihatnya Mas masih mendiamkan diri. Fikiran Mas masih ligat mencerna perkara yang sedang berlaku. Pemuda yang berdiri di hadapannya ini, dikurniakan Allah dengan rupa paras yang sungguh sempurna, wajah yang begitu bersih dan berseri-seri, bertubuh tinggi dan tegap dan tampan, yang juga pastinya merupakan idaman setiap wanita dan gadis-gadis remaja adalah seorang pemuda berbangsa Tionghua.